Siapakah lelaki dalam video seks yg tersebar sekarang?

gravatar

Pelajar yang dibuang dari Al Azhar mengugut pegawai attache


Nampaknya pelajar Universiti Al Azhar yang dibuang daripada universiti tersebut sudah bertindak biadap dan kurang ajar sehingga sanggup membuat ugutan bunuh terhadap pegawai

Semalam saudara Mohd Firdaus Madzlan atau lebih mesra di kalangan mahasiswa Islam di Mesir sebagai Ust Alang. Menerima panggilan telefon daripada doktor kuliahnya, di Darul Ifta' Misriyyah. Bahawa beliau telah dibuang daripada universiti atas alasan ada masalah dengan kedutaan Malaysia di Mesir. Kemungkinan besar adalah disebabkan beliau adalah penganjur kepada Bersih 2.0 Mesir baru-baru ini- HARAKAH

Kes pembuangan pelajar Malaysia dari pengajiannya telah dimaklumkan kepada pegawai yang menguruskan hal ehwal pelajar (Attache) Ustaz Khairi Jalaluddin, yang turut hadir dalam mesyuarat bersama-sama dengan pegawai lain di kedutaan besar Malaysia dan Syiekh Al Azhar yang membuat keputusan untuk membuang pelajar tersebut. Bukan dari arahan dari kedutaan sebagaimana yang didakwa oleh pelajar tersebut.


Seterusnya pelajar-pelajar tersebut telah mengirimkan mesej ugutan bunuh terhadap beberapa pegawai di Mesir. Berikut adalah ugutan yang diterima oleh salah seorang pegawai di sana.




Syeikh Al Azhar telah berkata BERSIH ada lah agenda Hindu ( merujuk kepada Ambiga ) dan bukan memperjuangkan agama Islam.

Oleh itu pelajar yang bernaung di bawah PMRAM di sini dianggap tidak berdisiplin oleh Syeikh Al Azhar kerana telah melanggar arahan daripada univesiti dan kebanyakan pelajar yang mengambil pengajian Islam telah menyertai BERSIH 2.0 gagal dalam pelajaran dan terpaksa mengulang tahun hadapan.


Harakah menuduh kerajaan Malaysia bertanggung jawab dalam membuang pelajar tersebut berdasarka apa yang disiarkan oleh Harakah,


Saudara Firdaus adalah penuntut kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah. Beliau yang akan menamatkan pengajiannya pada 25 Julai ini, setelah 3 tahun menghabiskan masa untuk melayakkannya menjadi seorang bakal mufti terpaksa berputih mata, atas alasan menganjurkan Bersih 2.0 dan ia tiada kena mengena dengan undang-undang atau kesalahan universiti. Hanya kerana mendapat arahan daripada kedutaan Malaysia, beliau dinafikan haknya.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia kerana politik sempit.

Harakah juga mempersoalkan kenapa pelajar dari negera lain tidak diambil tindakan oleh kerajaan Malaysia.

Persoalannya sekarang, mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan diseluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Adakah hanya kerana beliau seorang mahasiswa Melayu Islam, maka tindakan tersebut dikenakan keatas beliau? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama ditempat-tempat lain. Jangan hanya kerana kami anak Melayu, kamu berani mengambil tindakan, berbanding pelajar bangsa lain? Ini sikap double standart kerajaan Malaysia.- HARAKAH

Harakah mendedahkan bahawa apa yang berlaku di Mesir bukan lah agenda kerajaan Malaysia sebaliknya adalah keputusan universiti tersebut. Jika ia agenda kerajaan sudah tentu semua pelajar diluar negara yang menyertai demo berShit akan dihantar pulang.

Sumber Taiping Mari...

Followers