Kematian Dipolitikkan Untuk Cipta Revolusi.
Selepas perhimpunan BERSIH, kematian peserta perhimpunan haram itu telah dipolitikkan oleh media pembangkang terutamanya para blogger upahan mereka.
MyMassa agak musykil dengan perkara ini. Ditambah dengan pendedahan blogger terkemuka PAPAGOMO, satu PENDEDAHAN PERLU DIBUAT MENGENAI PERKARA INI. Kenapa kematian tersebut terus menerus dipolitikkan.
Menurut kajian MyMassa, mempergunakan kematian merupakan cara baru Barat untuk mencetuskan revolusi di negara-negara Islam. Bermula di Iran, revolusi HIJAU tercetus apabila calon yang ditaja Barat (Mir Hossien Mousavi) gagal menjatuhkan presiden Mahmoud Ahmadinejad. Untuk mencetuskan revolusi Iran, kematian Neda Agha Soltan dan Sohrab Aarabi dieksploitasi oleh pihak pembangkang di Iran. Sama seperti di Malaysia, video kematian Neda Agha disebar luar oleh pencetus revolusi di internet.
Dalam revolusi di Tunisia, Algeria, Jordan, Mauritania, Arab Saudi, Mesir, Syria dan Maghribi pula, teknik membakar diri (self-immolation) menjadi trend pembangkang di negara tersebut mencetuskan revolusi (sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/2010%E2%80%932011_Arab_world_protests).
Oleh itu, jika pembangkang terus menerus memainkan isu kematian pendemo, maka ianya bukan satu tindakan yang bijak kerana modus operandi anda telah blogger-blogger BN ketahui.
Bagi MyMassa, tindakan mempolitikkan kematian adalah satu strategi yang jijik lagi hina. Jika pihak tersebut menggunakan taktik sekotor ini, masakan mereka boleh mendabik dada bahawa mereka di pihak yang BERSIH?
*Bersihkan diri kamu sebelum kamu diBERSIHkan!




