KUALA TERENGGANU Julai – Seorang mahasiswa dipercayai dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertindak biadab apabila dikesan menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook.
Perkara itu kemudian dipetik oleh beberapa laman blog termasuk anakseberang.blogspot hari ini.
Dalam statusnya, penuntut itu menyebut:
National Anthem of Malaysia – Negaraku
Negaraku, Tanah Tumpahnya Maniku,
Rakyat Hidup Miskin dan Makan Taik,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Matikanlah Raja Kita, Masuk Kubur,
Rahmat Miskin,
Tuhan, Masukkanlah Raja Kita ke Neraka Jahanam…’
Statusnya itu mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada rakannya yang mengecamnya kerana bertindak keterlaluan.
Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman ketika dihubungi hari ini terkejut dan mengakui hanya mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan Utusan Malaysia hari ini.
Beliau seterusnya menyifatkan perbuatan itu sangat serius serta tidak boleh dimaafkan dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti ia dilakukan mahasiswa universiti itu.
“Ini (hina lagu Negaraku) sangat serius dan kita akan siasat terlebih dulu untuk kesahihan, jika terbukti dia bersalah tindakan serta-merta akan diambil mengikut undang-undang,” tegasnya.
Menurut Aziz, UMT menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu untuk tindakan selanjutnya.
Tambah beliau, pihak pengurusan UMT tidak rela mempunyai penuntut yang menghina lagu Negaraku seperti yang dilakukan oleh seorang penuntut Malaysia di universiti di Taiwan, Wee Meng Chee yang menghina lagu kebangsaan sebelum ini.
Meng Chee atau Namewee menghina lagu Negaraku melalui klip videonya yang disiarkan dalam laman perkongsian video, YouTube. – Utusan
Tengoklah budak-budak sekarang, dah la mengaji dibayar oleh kerajaan, lagi dihinanya lagu kebangsaan. Apa la nak jadi dengan budak2 sekarang ni.
Pihak berkuasa kena bertindak tegas terhadap pelajar ini. Jangan bagi muka, nanti lama-lama perkara ini akan jadi ikutan. Pelajar U macam budak bodoh ni patut dikenakan hukuman keras, bagi serik sikit. Bagi jadi contoh pada yang lain.Jangan asyik amaran saja.. siapa nak takut?
HM: sepatutnya budak ni dikenakan tindakkan buat U. Memang memalukan langsung. Itulah bila takde akal nak fikir dgn waras dan terlampau taksub dan terikut2 dgn rebel ideology yg dibawa oleh pihak pembangkang… Sokong sangat budak ni kena buang U.