BERSIH 2.0 – Apa yang korang dapat?
Petang tadi berlangsug sudah perhimpunan haram BERSIH 2.0 dan perhimpunan PATRIOTIK oleh Pemuda UMNO. Namun setelah semuanya tamat apa yang kita semua dapat? Semuanya tak mendatangkan faedah langsung pada negara. Aktiviti ekonomi di KL lumpuh. Banyak harta benda awam yang rosak dan ramai yang tertangkap. Jadi sekarang sapa yang rugi? Kita sendiri yang rugi setelah negara dimalukan dimedia antarabangsa dengan penerapan unsur2 yang hanya memecah belahkan rakyat. Kesan ini bukannya sekejap saja dapat dipulihkan. Ia mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan semula. Renungkanlah.






