HOT!! PENDEDAHAN Kisah SEBENAR disebalik KECEDERAAN Anwar Ibrahim..
Sebelum korang baca apa yang gua quote dari TVS dibawah ni, gua cuma nak korang lapangkan dada dan teguhkan pendirian korang.. Untuk pengetahuan korang semua yang gua hormati.., inilah kali pertama gua respek dekat Saifuddin.. Dia telah berjaya buat gua selama 1 minit, terfana dan terpaku tanpa sebarang pergerakan.. Memang hebat sungguh imaginasi yang Allah anugerahkan kepada Saifuddin… So…, inilah pendedahan kisah sebenar apa yang korang tak tahu berlaku disebalik kecederaan Brader Anwar Bin Ibrahim… Anwar Ibrahim mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai untuk rawatan lanjut. Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar. “Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau,” kata Saifuddin. Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan. “Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat,” dedah Saifuddin. Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000. “Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin. “Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran,” tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan. – TVS HM: Ni aku amik dari blog media permatang pauh… baca laa buat iktibar… Korang rasa betul ke Anwar ni kena tembak gas pemedih mata? kaki belum pijak jalanraya lagi dah masuk balik… cis kalau dah memang kaki kencing puak2 dia pun sama gak….
Bukan apa.., gua takut korang tak boleh tidur malam ni akibat kesan daripada bayangan kisah yang Saifuddin Nasution cuba nak sampaikan..



