
Semalam terpalit sudah satu sejarah hitam buat negara kita Malaysia. Perhimpunan haram telah berlaku di tengah bandaraya KL dan seorang telah terkorban ketika menyertai perhimpunan haram ini. Adakah ini salah polis yang telah berulang kali memberi amaran agar tidak menyertai perhimpunan haram ini? Sepatutnya semua yang terjadi ini hendaklah dipertanggungjawapkan kepada pihak penganjur iaitu BERSIH 2.0 yang ingkar dengan arahan yang diberikan. Sudah lah tak dapat permit berhimpun malah mereka juga mencetuskan kekacauan di tengah kota hinggakan memburukkan nama negara. Al-Fatihah buat saudara Baharudin. Dan kita yang masih hidup ini ambillah iktibar. Janganlah kita terlampau taksub hingga perbuatan kita ini mendatangkan kerosakkan pada diri kita dan orang lain.